Generasi muda lebih gemarkan berita dalam talian
Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan generasi muda? Siapakah yang tergolong dalam generasi muda? Generasi muda adalah generasi yang tergolong dalam kelompok umur dari belasan tahun (enam belas tahun) hingga puluhan tahun (dua puluh
Perkara seterusnya adalah apa yang dimaksudkan dengan berita dalam talian? Seperti yang kita semua tahu dan apa yang telah didedahkan, berita selalunya diterbitkan dalam bentuk media cetak. Media cetak ialah media yang berkaitan dakwat dan kertas yang dihasilkan melalui proses pencetakan. Tetapi kini munculnya apa yang dikenali sebagai berita dalam talian. Jauh berbeza dari berita yang dicetak, berita dalam talian adalah berita yang dilaporkan dan disebarkan melalui internet.
Generasi muda dan berita dalam talian adalah satu perkara yang tidak asing lagi. Generasi muda yang mengamalkan membaca berita melalui intenet adalah satu fenomena pada masa kini. Pada masa kini, generasi muda lebih terdedah dan lebih mengemari berita dalam talian berbanding berita yang telah dicetak. Mengapakah hal ini terjadi, dan mengapakah generasi muda yang terlibat?
Dengan pembangunan ekonomi yang semakin pesat membangun sekarang, sekali gus dengan perkembangan teknologi, tidak hairanlah wujudnya teknologi yang sedemikian iaitu berita dalam talian. Dengan kemudahan teknologi yang ada dan kewujudan berita dalam talian menjadikan berita lebih mudah didapati.
Golongan generasi mudalah yang paling terdedah kepada teknologi ini, oleh kerana hal yang demikian, kebanyakan pengguna berita dalam talian adalah terdiri daripada golongan generasi muda. Tetapi tidak semua golongan muda yang suka dengan berita dalam talian.
Tambahan lagi berita dalam talian boleh didapati dengan percuma berbanding dengan
Berita dalam talian adalah lebih mudah diperolehi jika hendak dibandingkan dengan berita yang dicetak. Golongan remaja sering dikaitkan dengan penggunaan komputer, jadi tidak hairanlah golongan ini lebih ramai menggunakan berita dalam talian daripada akhbar biasa. Dengan sikap golongan muda yang sukakan jalan mudah bagi mendapatkan sesuatu, berita dalam talian adalah pilihan terbaik.
Berita merupakan perkara yang perlu dilaporkan dengan kadar yang terpantas. Pembaca mahukan berita yang terkini. Diantara dua cara ini, berita dalam talian merupakan cara yang terpantas untuk menyebarkan berita berbanding
Berita dalam talian adalah berbentuk digital dan mengandungi banyak media-media yang tidak terkandung dalam akhbar biasa. Sebagai contoh, penggunaan klip video di dalam berita dalam talian menjadikan ianya lebih menarik. Golongan generasi muda lebih sukakan melihat daripada membaca. Sebagai contoh Berita Harian Online, pembaca boleh menonton klip video selain daripada hanya membaca berita.
Bagi gologan generasi muda yang sangat sibuk, penggunaan berita dalam talian adalah lebih efektif berbanding akhbar biasa. Hal ini disebabkan oleh, berita dalam talian boleh dibaca semula jika pembaca ketinggalan. Pengguna hanya perlu ‘browse’ diinternet untuk berita tersebut dan boleh terus membacanya.
Seterusnya, pembaca yang tergolong dalam golongan generasi muda lebih memilih dengan apa yang meraka hendak baca. Jika dilihat pada
Pembaca yang tergolong dalam generasi muda lebih gemar melihat perkara yang tidak boleh didapati di akhbar arus perdana. Sebagai contoh, The Star Online terdapat galeri gambar yang terkandung gambar-gambar yang tidak diterbitkan di dalam akhbar arus perdana. Lagi contoh, peristiwa riot di Jalan Tar, banyak gambar yang tidak dapat diperolehi di dalam akhbar boleh didapati di internet.

